Nuffnang

Khamis, 13 Mei 2010

Hari Guru

Salam;

Guru adalah pembimbing!!! Muktamad ....

Guru menunjuki kita jalan dan kita lah yang diwajibkan memilih jalan tersebut. Guru tak mampu memasukkan kita jalan itu kerana guru adalah manusia seperti kita. Pilihan ditangan kita dan kitalah yang akan membawa diri ke jalan tersebut ...
Pesanan Al-Imam As-Shafie;

Sebagai pelajar/penuntut ...

Ø Hendaklah kita berwuduk sebelum belajar


Ø Membaca doa penenrang hati


Ø Bersedia dengan bahan-bahan pembelajaran


Ø Memakai pakaian bersih dan bersopan


Ø Memberi tumpuan ketika belajar


Ø Memberi salam apabila bertemu


Ø Bercakap menggunakan bahasa yang sopan


Ø Manis muka menerima teguran dan nasihat guru


Ø Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan belajar


Ø Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh


Ø Jangan memotong percakapan guru ... walaupun kita sedar ada silapnya guru tersebut


Ø Minta keizinan untuk bertanya




Kenangilah Jasa Guru dengan ...


Ø Mendoakan kebaikan dan kebajikannnya


Ø Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian


Ø Menziarahi guru ketika berkelapangan / di hari perayaan


Ø Menghormati guru sepanjang masa


Ø Berterima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan


Kerana apa ...

Dunia ini Allah ciptakan mempunyai keseimbangan yang unik. Setiap yang diberi haruslah dibalas ... tangan kanan menghayun kehadapan, tangan kiri bergerak kebelakang ... Renung-renungkanlah

Macam mana kita tahu yang kita adalah 'on-track' ... senang ajer
Ø Ilmu yang dipelajari diberkati Allah dan dapat membentuk peribadi dan akhlak mulia kita

Ø Mudah mengingati dan memahami pengajaran guru

Ø Memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat

Ø YANG PALING PENTING ... KITA SELANGKAH DEKAT DENGAN ALLAH




Buatmu Guru ...




Wasalam.

1 ulasan:

  1. saya tahu semua tuhh. tapi saya tk buat. teruk kan saya ni ?

    BalasPadam

Search Engine